Video Khas Hari Polis ke 206 (2013)

OPS Daulat : Exclusive - Hari Polis ke 206

Showing posts with label kesultanan sulu. Show all posts
Showing posts with label kesultanan sulu. Show all posts

Tuesday 19 March 2013

Jacel Kiram lll - Kerajaan Malaysia Tipu Rakyat !!!

Kerajaan Malaysia Tipu Rakyat – Jacel Kiram III




Sebelum ini kita puas ketawa apabila Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III mendaftar diri di laman sosial Twitter dengan memperkenalkan dirinya sebagai “Puteri Kesultanan Sulu” mengunakan gelaran “princess”.

Dengan gelaran tersebut, semua rakan-rakan saya hampir “muntah hijau” meloya anak tekak selama beberapa hari mengenangkan tindakan Jacel yang menabalkan dirinya sendiri sebagai “puteri raja” itu.

Loya saya makin berkurang dan hampir sembuh apabila Jacel tidak aktif di laman Twitter beberapa hari sebelum ini. Namun hari ini, rasa loya itu kembali semula apabila anak perempuan Kiram III yang tak sedar dirinya bersuara lagi…

Kali ini kenyataannya di laman Twitter agak pendek, namun cukup untuk membuat rasa mual sekali lagi.

Jacel kononnya tidak menyalahkan rakyat Malaysia yang marahkan bapanya. Dia mendakwa rakyat di negara ini telah ditipu oleh Kerajaan Malaysia mengenai status Kesultanan Sulu di rantau ini…

Dari rasa mual, saya ketawa besar mengenangkan tuduhan bodoh yang dilemparkan Jacel kepada Kerajaan Malaysia, termasuk penghinaannya terhadap kita, rakyat Malaysia.

Apakah Jacel fikir rakyat Malaysia ini semuanya bodoh-bodoh belaka seperti Mat Bom dan penyokong Pakatan Haram?

Apakah logik jika dikatakan bahawa Kerajaan Malaysia berbohong mengenai status Kesultanan Sulu yang tidak diiktiraf?

Sememangnya benar bahawa Kesultanan Sulu sememangnya wujud kira-kira 200 tahun dulu. Tapi itu 200 tahun dulu. Sejak Kesultanan Sulu digadaikan keturunan Kiram, ia tidak lagi diiktiraf oleh mana-mana pihak di dunia ini, bukan?

Saya mencabar “puteri palsu” yang tidak tahu sejarah itu, cuba berikan satu negara yang mengiktiraf Kesultanan Sulu dan jajahannya di dunia. Cuba tunjukkan peta antarabangsa yang menunjukkan wujudnya Kerajaan Sulu atau Kesultanan Sulu.

Ada? Boleh tunjuk dan buktikan?

Kalau setakat tabal diri sendiri untuk jadi Sultan Sulu, saya yakin akan muncul beribu-ribu keturunan bangsawan dari salasilah kesultanan Sulu lama yang akan mengaku diri mereka Sultan dan menamakan keluarga mereka dengan gelaran Putera, Puteri dan sebagainya.

Dan saya juga yakin sekiranya itu belaku, satu dunia akan tertawakan mereka, bukan?

Jacel perlu tahu bahawa tidak semua rakyat Malaysia ini bodoh. Majoritinya bijak-bijak dan berpendidikan tinggi. Ramai juga yang menyambung pelajaran sehingga ke luar negara. Paling penting, tidak semuanya pun menyokong Kerajaan BN.

Namun, dalam hal Kesultanan Sulu dan dakwaan yang mengatakan bahawa Sabah itu dibawah jajahan kuasa Jamalul Kiram III, saya yakin bahawa hampir semua rakyat Malaysia tidak setuju dengan dakwaan itu, termasuk rakyat yang tidak menyokong kerajaan.

Hanya seorang dua saja yang setuju Sabah itu dibawah Kiram III, mungkin. Itupun mungkin kerana “seorang dua” itu betul-betul gilakan kuasa dan mahu menabalkan diri mereka sebagai “Perdana Menteri” di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang sayangkan Islam, bangsa dan tanahair tidak akan sesekali membenarkan Sabah diceroboh oleh para pengikut bapa Jacel. Hanya yang khianat saja yang akan menyokong gerakan Kiram III dan Nur Misuari itu.

Menghairankan, siapakah yang ajar Jacel untuk mempercayai Sabah itu milik bapanya? Boleh Jacel nyatakan dia doktrin dari siapa? Nur Misuari atau Anwar Ibrahim? Boleh cerita sikit?


sumber :  http://www.mykmu.net/?p=27735

1Malaysa1World
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

Activity Feeds

Subscribe Now: standard