Video Khas Hari Polis ke 206 (2013)

OPS Daulat : Exclusive - Hari Polis ke 206

Showing posts with label Bendera haram. Show all posts
Showing posts with label Bendera haram. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Kurang Ajar - Bendera Haram Berkibar di Kuala Lumpur.


Sang Saka Malaya berkibar lagi di Dataran


 
Bendera kontroversi Sang Saka Malaya dikibarkan sekali lagi pada malam ambang tahun baru di Dataran Merdeka malam tadi oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut yang ditemui Malaysiakiniberkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

Nasir memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya sambil mendakwa beliau bersama rakan-rakannya bukan daripada mana-mana parti politik.

Sebelum ini, bendera Sang Saka Malaya dibawa ketika perhimpunan Janji Demokrasi Ogos lalu.

Sumber : Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

Activity Feeds

Subscribe Now: standard